PENGENALAN LAMAN RANGKAIAN BULATAN TANAMAN

Hello, anda kini melayari laman web Crop Circle Connector (Rangkaian Bulatan Tanaman). Laman web ini mungkin merupakan laman web terbesar yang menangani isu ini di internet. Laman ini dipenuhi maklumat terperinci dan pengkalan data antarabangsa mengenai 'crop circle'.

Bentuk-bentuk bulatan 'crop circle' yang anda lihat di laman ini adalah merupakan kejadian sebenar yang berlaku di ladang bijirin di merata dunia dan tidaklah dapat dipastikan asal usulnya.

Sejak sekian lama, petani di UK telah melaporkan kemunculan 'crop circle' di ladang mereka. Media British pula mula melaporkan kehadiran 'crop circle' sejak dari awal 1980an. Menjelang 1990an, 'crop circle' mula mendapat perhatian meluas dengan kemunculan bentuk-bentuk geometrik yang lebih besar dan kompleks. "Crop circle' adalah merupakan satu fenomena antarabangsa yang mana jumlah negara yang melaporkan kemunculan bentuk-bentuk aneh di ladang bijirin bertambah dari tahun ke setahun. Namun begitu sejumlah besar 'crop circle' di laporkan di selatan England, kebanyakannya di sekitar tapak purba Stonehenge, Avebury dan Sillbury Hills (tapak bukit tambakan tanah yang terbesar di Eropah).

Walaupun terdapat banyak teori berhubung asal-usul kewujudan 'crop circle', namun tidak satu pun yang dapat memberikan jawapan yang benar-benar meyakinkan. Bukti yang dianggap kukuh datang dari rakaman video yang menunjukkan kehadiran objek bebola yang mengeluarkan cahaya putih terang yang berada di dalam dan sekitar 'crop circle'. Kebanyakan objek bercahaya ini dirakamkan diwaktu siang dan dilihat bergerak dengan teratur dengan pergerakan yang tersusun. Apakah mungkin ada kaitan di antara objek tersebut dengan rahsia pembentukan 'crop circle'?

Kajian saintifik yang terperinci telah dijalankan ke atas sampel yang diambil dari 'crop circle'. Kajian yang dijalankan oleh ahli biofizik Amerika Dr William Lavengood mencadangkan tentang ujudnya tenaga tenaga gelombang mikro yang terlibat dalam proses pembentukan rekabentuk bulatan. Pengkaji 'crop circle' telah disarankan untuk lebih kreatif dan inovatif di dalam menjalankan penyiasatan mereka. Kaedah penyelidikan terkini menggunakan teknik meditasi, penataan cahaya dan musik telah diadaptasikan di dalam usaha untuk lebih memahami fenomena 'crop circle' yang dikatakan mampu berinteraksi dengan pemikiran manusia.

Walau apa sekalipun, 'crop circle' telah membuka minda di samping mencetus ilham manusia sejagat. Mereka-mereka yang terlibat secara langsung merasa teruja dan menghargai hakikat bahawasanya kehidupan di dunia ini adalah teramat kompleks dan disulami misteri yang penuh keanehan.

Laman web ini adalah merupakan usaha untuk menyampaikan maklumat terkini dan terperinci untuk anda warga dunia. Laman ini juga dipenuhi dengan laporan dan gambar pembentukan 'crop circle' terbaru dari penyelidik dan jurugambar yang tersohor.

"Crop circle' di Britain muncul dari bulan April ke penghujung Ogos. Sepanjang musim ini, kami akan mengemaskini kesemua maklumat dan gambar 'crop circle' yang muncul. Dan semestinya, kami mengharapkan kesudian anda untuk melaporkan kejadian berkenaan agar kami dapat memberikan gambaran dan maklumat yang tepat untuk pengkalan data kami. Anda boleh menghantarkan laporan dan gambar kepada kami di laman web ini.

Kami berharap agar laman web ini mampu membuka minda anda mengamati misteri aneh ini dan dapat dijadikan sebagai pentas yang menghubungkan kesemua yang berminat mendalami fenomena crop circle dari serata pelusuk dunia.

Sekian Terimakasih

Thank you to Mohd Hanif Hassan for the Translation.

SEE CROP CIRCLES


Return to the Crop Circle Connector

Mark Fussell & Stuart Dike

Hit Counter